Sunday, September 22, 2013

Tribology Addiction


Tribology Addiction

Semakin ramai pengguna memilih JTX sebagai minyak pelincir bagi jentera mereka. Kegilaan dan ketagihan penggunaan JTX semakin berleluasa. Tiada siapa dapat menghalang. Kini anda boleh lihat begitu banyak kenderaan yang dilekatkan sticker JTX meluncur laju tanda kedengaran bunyi enjin. Ya, inilah yang dinamakan fenomena Tribology Addiction.









Terbaru, sempena perayaan  hari raya yang lalu, kelab kereta Honda City Official Club (HCOC), anjuran Krew Putrajaya telah menjemput admin bagi memberi taklimat dan demo berkaitan pelinciran JTX. 

Pihak admin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Admin HCOC yang sudi memberi ruang dan peluang kepada JTX. Seperti biasa, perbandingan daya tahan geseran JTX mampu mengatasi jenama lain. 






Terdapat 49 unit kereta yang memeriahkan majlis yang dijalankan pada 7 Sept 2013 di Home Stay Orchid, Hulu Langat Selangor. Antara region yang hadir N9, Johor, Melaka, Selangor, Perak dan Putrajaya. Terima kasih HCOC..


Sekiranya anda adalah ahli dari mana-mana kelab kereta atau motosikal tanpa mengira kawasan dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan JTX, admin amat mengalu-alukan jemputan bagi mempersembahkan demo teknikal. Tiada sebarang charge dikenakan dan tiada sebarang pembelian wajib dikenakan. Cukup sekadar sedikit ruang untuk admin membuat persembahan demo teknikal sahaja. 





Jika anda adalah pemilik Honda City (tanpa mengira model/tahun) dan berminat untuk menjadi ahli HCOC, ingin bertanya, berkongsi berkaitan penyelenggaraan kereta dan aktiviti riadah, sila berhubung terus di sini Honda City Official Club  - HCOC 


Sebarang pertanyaan atau arrangement demo teknikal, sila berhubung terus dengan admin.

No comments:

Post a Comment

Mungkin anda berminat:

JTX 1000