Friday, September 3, 2010

Fakta Minyak Enjin

APAKAH ITU TRIBOLOGY?

Tribology ialah bidang kajian sains dan teknologi tentang geseran, kehausan dan pelinciran serta pembangunan teknologi dalam mengoptimisasikan proses geseran. Tribologi melibatkan jurutera mekanik, ahli kimia, ahli fizik dan ahli sains bahan. Perkataan "tribologi" datang dari Greek τρίβω ("tribo") bermakna "(saya) gosok" (akar τριβ-), dan λόγος ("logos") bermakna 'prinsip atau logik'.


APAKAH FUNGSI TRIBOLOGY?
Tribology melibatkan kajian seperti geseran, pelinciran, dan hakisan di dalam bearing, alat transmisi, enjin, dan elemen-elemen mesin yang lain. Pemilihan bahan, saduran permukaan dan topografi permukaan merupakan asas penyelidikan tribologi kini.
Teknologi pelinciran yang berkait rapat dengan tribologi merupakan teknik mengurangkan daya geseran dan hakisan menerusi bahan pelincir dan penggunaan bahan pelincir pada kawasan geseran.
Daya geseran tidak semestinya perlu dikurangkan pada setiap masa dan situasi. Sebagai contoh, daya geseran yang berkurangan pada gear-gear yang bersambungan di dalam sesebuah alat transmisi akan mengakibatkan proses menukar gear kurang efektif. Sehubungan itu, tribologi diperlukan untuk mengkaji daya geseran dalam alat-alat transmisi.

Minyak Fully Synthetic

Minyak pelincir jenis Sintetik Sepenuhnya (Fully Synthetic) sudah tidak asing lagi dikalangan pengguna kenderaan di negara kita. Minyak pelincir jenis ini lebih mahal dan biasanya dijual dengan harga melebihi RM100 (tertakluk kepada jenama pengeluar). Antara kadar kelikatan yang popular digunakan ialah 0W/30, 5W/40, 5W/50 atau 10W/40. Namun, sejauh manakah anda mengenali minyak pelincir 'Fully Synthetic' ini.
Minyak pelincir 'Fully Synthetic' diasaskan daripada 2 jenis bahan utama, iaitu 'Polyalphaolefins (PAOs)' dan 'Ester'. 'PAOs' dihasilkan melalui jalinan molekul bahan kimia bersama 'Ethylene' untuk membentuk satu rangkaian yang seimbang serta berupaya mengekalkan kelicinan di dalam enjin. Sementara 'Ester' pula terhasil daripada reaksi alkohol dengan sejenis asid. Bahan-bahan ini akan diadun (blend) bersama aditif-aditif lain menggunakan kepakaran teknologi terkini mengikut formula tertentu. Proses ini akan dapat mengubah struktur molekul sintetik dan seterusnya menghasilkan produk minyak pelincir 'Fully Synthetic ' untuk pasaran.
Minyak pelincir 'Fully Synthetic' adalah lebih sesuai untuk kegunaan enjin-enjin moden dan kurang sesuai untuk enjin-enjin lama. Ini kerana kadar kelikatannya yang rendah akan menyebabkan minyak pelincir tadi terpeluwap (vapourised). Ramai dikalangan pengguna tidak memahami faktor ini dan akibatnya mereka akan mengalami masalah minyak pelincir yang semakin hari semakin berkurangan.
Komponen-komponen enjin yang baru mempunyai kadar renggangan (gap) yang kecil. Sementara komponen-komponen enjin lama, contohnya Gelang Omboh (Piston Ring) mempunyai kadar 'gap' yang lebih tinggi dan ini akan menyebabkan minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah akan mudah tersusup masuk ke ruang pembakaran (combustion chamber). Minyak pelincir ini akan terbakar bersama bahanapi dan asap yang keluar melalui ekzos akan berwarna kebiruan dan berbau busuk.
Untuk lebih kepastian tentang kesesuaian penggunaan gred dan jenis minyak pelincir untuk kenderaan anda, sila minta nasihat daripada mekanik yang berpengalaman atau pengeluar minyak pelincir itu sendiri. Anda juga boleh merujuk laman web http://www.sae.org/news/rightoil.htm. Kesilapan pemilihan minyak pelincir mungkin tidak menampakkan kesan sampingan segera kepada enjin kenderaaan anda. Oleh itu, pastikan anda tidak membuat kesimpulan mudah yang akhirnya akan merugikan diri anda sendiri.


Engin Oil Facts

It might seem simple to pick engine oil for your car. You just look for the starburst symbol that indicates the oil has been tested and meets the standards of the American Petroleum Institute (API). In addition, there's a 2-character service designation on the container. API's latest service standard is "SL." SL refers to a group of laboratory and engine tests, including the latest series for control of high-temperature deposits. Your third task is to pick the viscosity (thickness) that's suitable for the temperatures your vehicle normally operates in (check your owners manual), and you're done. Well, not quite. There's a whole lot more to the story than that.
The API - if the oil meets the current SL service rating (C for diesel engines). It also provides the SAE (Society of Automotive Engineers) viscosity number and tells you if the oil has passed the Energy Conserving test. The starburst symbol on the left indicates that the oil has passed the tests listed for SL service.
Is oil really the lifeblood of an engine? That's a long-popular analogy, but it's really not an accurate description. Blood carries nutrients to cells, but it's air that carries fuel--the "nutrition"--for an engine. However, without oil to lubricate and cool moving parts, keep them clean and help to seal the pistons in the cylinders, the engine would run for only a matter of seconds--then sieze. So, yes, oil is important.
Viscosity
Viscosity (a fluid's resistance to flow) is rated at 0° F (represented by the number preceding the "W" [for Winter]) and at 212° F (represented by the second number in the viscosity designation). So 10W-30 oil has less viscosity when cold and hot than does 20W-50. Motor oil thins as it heats and thickens as it cools. So, with the right additives to help it resist thinning too much, an oil can be rated for one viscosity when cold, another when hot. The more resistant it is to thinning, the higher the second number (10W-40 versus 10W-30, for example) and that's good. Within reason, thicker oil generally seals better and maintains a better film of lubrication between moving parts.
At the low-temperature end, oil has to be resistant to thickening so that it flows more easily to all the moving parts in your engine. Also, if the oil is too thick the engine requires more energy to turn the crankshaft, which is partly submerged in a bath of oil. Excessive thickness can make it harder to start the engine, which reduces fuel economy. A 5W oil is typically what's recommended for winter use. However, synthetic oils can be formulated to flow even more easily when cold, so they are able to pass tests that meet the 0W rating.
Once the engine is running, the oil heats up. The second number in the viscosity rating--the "40" in 10W-40, for example--tells you that the oil will stay thicker at high temperatures than one with a lower second number--the "30" in 10W-30, for example. What's really important is that you use the oil viscosity your car's owner's manual recommends.
Full Synthetic Oil: The oils made for high-tech engines, whether in a Chevy Corvette or Mercedes-Benz, are full synthetics. If these oils pass stringent special tests (indicated by their labeling), it means they have superior, longer-lasting performance in all the critical areas, from viscosity index to protection against deposits. They flow better at low temperatures and maintain peak lubricity at high temperatures. So why shouldn't everyone use them? Answer: These oils are expensive and not every engine needs them. In fact, there may be some features that your car's engine needs that the synthetics don't have. Again, follow your owner's manual.
If your driving cycle or your vehicle is more average, you probably can drive your car well past 200,000 miles (321,868.8 km) without needing major engine work by using the proper grade of conventional mineral oil and appropriate change intervals.
JTX 1000 is mineral oil, so you can judge which is better and good for your verhicle n your money in pocket.

Multi-Grade ?!

Boleh dikatakan kadar julat suhu minyak pada kebanyakan enjin seperti di Malaysia adalah luas, jarak julat suhu enjin sejuk (ketika menghidupkan enjin kenderaan) sehingga suhu panas (ketika enjin beroperasi sepenuhnya).

Pada suhu enjin yang melampau kadar kelikatan untuk minyak Single-Grade tidak dapat digunakan. Maka sesuatu bahan seperti aditif dimasukkan, menjadikan sesuatu minyak itu Multi-Grade; walaubagaimanapun ada juga penghasilan minyak Multi-Grade yang tidak menggunakan aditif. Matlamat sebenar penghasilan minyak Multi-Grade adalah mewujudkan asas kelikatan minyak untuk ketika enjin sejuk dan kelikatan kedua yg sesuai untuk ketika enjin panas/beroperasi. Ini membolehkan satu-satu minyak itu digunakan sepanjang tahun dalam keadaan suhu yang berbeza. Malahan ia juga dipanggil ‘all-season oil’. Pada asasnya kadar kelikatan minyak Multi-Grade bergantung pada keadaan asal semulajadi minyak itu sendiri dan jumlah aditif yang ditambah pada minyak.

SAE pada minyak Multi-Grade merangkumi 2 grad kelikatan minyak; contohnya pada 10W-30. Dua nombor tersebut pada dasarnya dianggap oleh SAE J300 sebagai dua minyak Single-Grade. Oleh itu, minyak 10W-30 mesti melepasi pengkelassan kelikatan SAE J300 untuk kedua-dua 10W dan 30, dan kelikatan minyak Multi-Grade 10W-30 itu terbatas dalam kadar kepekatan itu sahaja (contohnya 10W-30 tidak boleh mencapai kelikatan 5W).

Kebanyakan kenderaan diberi spesifikasi penggunaan grad kelikatan minyak tertentu oleh pengeluar kenderaan, tetapi ia boleh berubah, bergantung pada keadaan lokasi kenderaan digunakan, di mana cuaca atau pengawalan kecekapan bahan api memainkan peranan.

.............................................................................................................


Black Death/ Sludge



Black Death atau Sludge enjin merupakan sebahagian masalah utama yang berlaku di dalam enjin terutama enjin berkuasa diesel. Ia kelihatan berwarna hitam, melekit dan pekat seperti tar. Masalah ini boleh memendekkan jangka hayat sesebuah enjin di mana juga akan mengakibatkan kos baik pulih yang tinggi jika ia berada pada tahap yang kritikal.

Bermulanya pada awal 80-an sludge menjadi penyebab utama timbulnya masalah kepada kebanyakan enjin di Eropah. Ia menjadi masalah utama kepada pemilik-pemilik kenderaan. Dealer dan mekanik tidak tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku dan sludge tidak tersenarai dalam lindungan insurans kereta atau van - jika mesin atau kenderaan mengalami masalah ini, anda terpaksa menanggung sendiri kos membaik pulih. Antara enjin kenderaan yang mengalami masalah ini dengan lebih teruk adalah kenderaan dari jenis Ford, Chevrolet autos dan Vauxhall (GM) walau pemeriksaan kenderaan berkala dibuat. Pemanduan ekstrem serta pemanasan enjin yang melampau menjadi penyumbang utama masalah yang disebabkan oleh minyak enjin. Minyak enjin yang tidak sesuai dengan keadaan menyebabkan perubahan molekul kimia di bawah tekanan melampau menjadikannya memekat seperti tar dan menyebabkan berlakunya pembentukan sludge. Akibatnya laluan-laluan minyak di dalam enjin akan tersumbat dan mengakibatkan minyak tidak dapat disalurkan ke bahagian-bahagian tertentu enjin dan menyebabkan enjin jam.


Apa sebenarnya sludge?

Masalah ini lebih kepada kombinasi aspek-aspek seperti sistem enjin yang terlalu padat, suhu enjin yang tinggi dan tekanan pada minyak enjin. Contohnya, pada ketika ini speed limit highway di Eropah lebih tinggi berbanding di Amerika. Lebih tinggi speed limit bermaksud tekanan pada enjin adalah lebih. Tambahan kenderaan-kenderaan di Eropah terkenal dengan pemotoran berkuasa tinggi, di mana pada 1980-an peningkatan penggunaan compressor berlaku pada kenderaan bagi meningkatkan kuasa enjin yang lebih. Tekanan melampau pada enjin serta tidak kesesuaian minyak yang digunakan yang tidak mampu tekanan compression yang tinggi (cth: haba yang terhasil darinya) dan perubahan komposisi molekul minyak berlaku apabila ianya memekat, likat seperti bendasing yang kemudiannya dipanggil sebagai sludge.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah reaksi bahan kimia. Samada kerana penyelenggaraan yang lemah atau pun nasib malang :) , sludge pada enjin pada asalnya adalah aditif di dalam minyak yang memejal setelah tindak-balas molekul dalam minyak berlaku. Setelah memejal aditif yang melekit berkemungkinan untuk terbakar lebih-lebih lagi pada saluran-saluran minyak yang melincirkan enjin tersumbat. Seperti yang kita tahu sekiranya enjin tidak mempunyai pelinciran yang sempurna, prestasi enjin akan menurun dan menjadi berat serta boleh mengakibatkan enjin jam.

Pada dasarnya black death atau sludge ini adalah bendasing hasil dari minyak teknologi baru yang berkualiti tinggi, kebanyakannya adalah sintetik berbanding minyak mineral. Tetapi dengan penggunaan produk JTX 1000 @ JTX 5000 secara konsisten, sludge tersebut boleh dinyahkan tanpa sebarang bahan perawatan lain!!..



1 comment:

  1. Buat 'no oil run' macam bardahl buat baru dikira ok, best in the world.....kalau berani laaa.

    ReplyDelete

Mungkin anda berminat:

JTX 1000