Monday, September 6, 2010

BioZone Untuk Kesihatan


















BIOzone Car Sterilizer menggunakan teknologi plasma sejuk yang menggabungkan ozonisasi dan plasma bagi menjana ion untuk menukar oksigen (O2) kepada ozon (O3), yang menghapuskan bahan cemar dan menukarkan kembali menjadi oksigen.

BIOzone Car Sterilizer:
  • Menghapuskan sebatian organik meruap (VOC), bau tembakau, bau haiwan peliharaan di dalam kereta.
  • Membasmi kuman bahan cemar biologi (bakteria).
  • Membersihkan dan menyegarkan udara di dalam kabin kereta.

Kelebihan BIOzone Car Sterilizer:

• Selamat  • Ringan  • Mesra Pengguna • Mesra Alam Sekitar • TIADA Penyelenggaraan Diperlukan.

*Mematuhi kehendak & spesifikasi US FDA  maksimum ozon dibenarkan = 0.05ppm.

Cara penggunaan:  
 Hanya memasang BIOZONE Car Sterilizer ke dalam soket rokok pada kenderaan anda sahaja. Begitu mudah, kan?..Apabila unit ini dihidupkan ia akan memberi nyalaan LED berwarna merah.

  Menghidupkan hawa dingin untuk membenarkan penulenan udara yang berkesan.

Berapa lamakah BIOZONE Car Sterilizer boleh bertahan?
BIOZONE Car Sterilizer boleh digunakan selama 3 tahun sekiranya ia digunakan setiap hari.

Bagaimanakah BIOZONE Car Sterilizer memperbaiki kualiti udara dalam kereta?
Ozon yang dihasilkan oleh BIOZONE Car Sterilizer dapat menyingkirkan bahan-bahan pencemar seperti VOC yang berbahaya dan bakteria, menyegarkan udara dan meneutralisasikan gas-gas beracun serta menyingkirkan bau tembakau dan bau-bau lain. Ozon (O3) menguraikan bahan-bahan pencemar menjadi oksigen (O2), menyediakan kereta anda bagaikan kesegaran dalam hutan. 

Bolehkah saya menggunakan BIOZONE Car Sterilizer di dalam rumah?
Tidak. BIOZONE Car Sterilizer direka khas berdasarkan ruangan dan kelengkapan dalam kereta. Soket dan kuantiti pembebasan ozon bagi BIOZONE Car Sterilizer juga direka khas berdasarkan kelengkapan dan ruangan kereta. Voltan di rumah yang terlalu besar akan menyebabkan BIOZONE Car Sterilizer terbakar. Selain itu, kuantiti dan liputan pembebasan ozon adalah terhad, maka ia tidak dapat memberikan kesan yang lengkap di rumah.

Spesifikasi:
Dimension: 23mm x 102mm
Power Consumption : 3.2 watts, 12 volt D.C
Ozone Concentration: less 0.03 ppm
Weight: 38.5 g
Technology: Cold Plasma

Warranty : 1 year (replace with new)

WM:RM175.00
EM: RM176.00


Apakah dimaksudkan Ozonizer?
Ozonizer adalah sebuah alat sebagai penjana kepada pembentukan ozon (membentuk O3) . Ozonizer berfungsi bagi membunuh bakteria di dalam udara. Manakala Air Purifier pula hanya bertindak bagi menapis udara (habuk) di dalam sesuatu ruang atau bilik.
 Ia kadang-kala disalah tafsirkan oleh orang ramai yg tidak memahami perbezaan antara ozonizer dan pembersih udara (air purifier). Ozonizer adalah salah satu kaedah yang mana particle berion (bercas negatif) akan dihasilkan ke dalam udara. Ion-ion yang terkumpul dan bergabung ini lah membentuk ozon.
Ozonizer akan membentuk ozon dengan mengecas udara dengan ion bercas negatif secara banyak. Ionizer juga bertindak dengan prinsip yang sama.

Ramai berpendapat, ozonizer /ionizer amat berguna dan
berkesan sebagai terapi bagi beberapa penyakit serta sebagai terapi anti-penuaan. Ion-ion bercas negatif bertindak dengan berkesan terhadap bakteria, fungus, bau kurang enak dan kuman-kuman yang terdapat di dalam udara. Ozonizer /ionizer amat berguna dalam membantu pembersihan dan kesegaran badan, dalam daya tahan penyakit dan kefungsian anggota badan dari hari ke hari melalui beberapa kaedah terapi ozon, termasuk mengaliran udara berozon ke paru-paru, minuman berozon atau minuman bertapis ozon.Rawatan yang menggunakan ozonizer amat meluas amalannya dan diterima di Asia, Eropah, Amerika Syarikat dan Eropah Barat. Di China sebagai contoh, ozonizer digunakan secara meluas bagi mencegah wabak penyakit SARS. Manakala dia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan menggunakan ozonizer bagi mencegah H1N1 sepanjang acara Piala Thomas dan Piala Uber 2010 di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Dengan penggunaan
BIOzone Car Sterilizer di dalam kenderaan anda, dapat membantu anda dan keluarga tersayang menjaga kesihatan semasa pemanduan ke kampung halaman atau ke pejabat. Ini adalah kerana BIOzone Car Sterilizer dapat membantu menghilangkan bakteria pembawa penyakit yang terkepung di dalam kereta anda. Mungkin tidak kita sangka kenderaan yang kita naiki setiap hari terdapat bakteria! Ini anda boleh perasan apabila anda terasa nk bersin semasa memandu.

Pewangi Kenderaan.

Penggunaan pewangi kenderaan juga memberi kesan kepada kesihatan kita. Pernahkah kita terfikir apakah bahan yg digunakan di dalam bahan pewangi tersebut.? Ramai mengatakan tidak kerana jawapan diberi "yang penting kereta aku wangi". Ia sekadar mengharumkan tetapi tidak membasmi kuman atau bakteria di dalam kereta anda..pertimbangkan. 


Dengan BIOzone hanya SEKALI sahaja untuk mendapatkan kesegaran yang berpanjangan, setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun. Berbanding anda refill pewangi kereta setiap bulan dengan harga anggaran RM20. Bayangkan jika di kumpul RM20x12bulan, harga pewangi kereta anda sahaja menelan belanja RM240 selama setahun. Begitulah tahun seterusnya berlaku.


Pencemaran Dalam Kenderaan? 
Kita banyak menghabiskan masa di dalam kenderaan. Mengikut laporan In Car Air Polution, International Center for Technology Assessment (CTA), tahap pencemaran udara dalam kenderaan mungkin jauh lebih serius daripada udara diluar. Bahan pencemar berbahaya dalam kernderaan termasuk bahan organik meruap (volatile organic compound, VOC) yang mengakibatkan iritasi mata, hidung, kerongkong dan peparu. VOC juga hadir di dalam kenderaan baru*. Selain itu, bahan-bahan pencemar utama lain yang wujud dalam persekitaran dalaman dan memerlukan sanitasi termasuk bau, agen pencemar biologikal, produk hasilan pembakaran enjin dan racun serangga.

*Hidden Poisons in New Cars, Utusan Konsumer, Nov- Dis 2005



Apa Yang Perlu Anda Lakukan. 

Kebanyakan daripada kita tidak menyedari kesan-kesan sampingan apabila menggunakan penyaman udara dalam kenderaan. Teknologi penyaman udara pasif ini hanya memerangkap debu dan partikel-partikel. Sementara itu, unit penyegar udara BIOzone Car Sterilizer menyingkir agen pencemar biologikal dan kimia yang hadir di dalam kenderaan. Unit ini menggunakan teknologi ozon dan ion plasma. Ia menukar Oksigen (O2) kepada ozon (O3) yang mengembalikan oksigen setelah menyingkirkan bahan-bahan pencemar.

No comments:

Post a Comment

Mungkin anda berminat:

JTX 1000