Sunday, September 4, 2016

Blood Drive 2.0 Bersama Ampang Bikers Communities

Alhamdulillah..pada Sabtu, 3 Sept 2016 admin dapat bersama-sama abang-abang motosikal dari Ampang Bikers Communities (ABC) dalam menjayakan program derma darah yang dianjurkan oleh ABC di Hospital KPJ Tawakal Jalan Pahang, Kuala Lumpur... Di dalam program ini juga dealers JTX juga tidak ketingggalan melaksanakan tanggung jawab sosial ini..Syabas Kprl. Khairi Tarmizi selaku Pengarah Projek Blood Drive 2.0..moga segala manfaat kebaikan yang dilakukan diberkati dan dirahmatiNya..

Keratan akhbar Sinar Harian 5 Sept 2016
Peserta program dari Ampang Bikers Communities

KPJ Tawakal Specialist Hospital, Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Admin juga tak ketinggalan menderma darah.



Admin juga tidak ketinggalan...hehehe

Pengarah Projek Kprl Khairi Tarmizi (No. 3 dari kanan)
Sesi penerangan JTX kepada para penunjung di luar lobby.

Sedia melayan para penderma darah di kaunter pendaftaran.

Jadi, dalam kami menjalankan urusan perniagaan, tanggung jawab sosial tidak boleh dilupakan. Kita tidak tahu siapa yang bakal memerlukan darah yang didermakan..yang penting sekurang-kurangnya ia sedikit  sebanyak dapat membantu menyelamatkan nyawa insan-insan yang memerlukan. Ayuh! admin menyeru anda semua agar sama-sama  menderma darah di mana-mana lokasi penganjuran menderma darah dilaksanakan.. demi manfaat kebaikan bersama..



Sunday, July 24, 2016

JTX Off Road Adventure Team


Pengenalan
Progam yang disertai adalah program anjuran PDRM bersama penduduk di Kampung Bantal, Ulu Tembeling, Pahang.  Program tersebut diberi nama PROGRAM RAMAH MESRA DAN GOTONG ROYONG BERSAMA KOMUNITI KG. BANTAL, ULU TEMBELING, JERANTUT, PAHANG. Progam ini adalah sebagai Corporate social responsibility (CSR) oleh pihak PDRM. Bagi menuju ke destinasi, lauan sungai dan jalan balak digunakan. Terdapat lebih 12 buah kenderaan pacuan empat roda dan konvoi bermotosikal berkuasa tinggi menyertai ekspidisi ini. Dalam ekspidesi ini dua buah motosikal BMW R1200GS dan tiga buah motosikal KAWASAKI VERSYS 650 digerakkan bagi menjayakan program.



Catatan Perjalanan
13 Mei 2016
Keterangan.
Bil.
Masa
1.
11.00pm
Semua peserta bermotosikal berkumpul di pekan Jerantut.
i.1 x Versys JTX dari Ketereh Kelantan
ii. 2 x Versys dari Kuala Lumpur
iii. 1 x BMW R1200GS dari Singapura
iv. 1 x BMW R1200GS dari Kuala Lumpur.

11.15pm
Bergerak menuju ke Kuala Tahan.

12.30am
Tiba di Chalet Agoh dan bermalam disini.

14 Mei 2016
Keterangan.
Bil.
Masa
2.
9.30am
Berkumpul di Kampung Pagi bagi sesi taklimat pergerakan.

10.00am
Tayar golek menuju ke Kampung Mat Daling.

11.10am
Berhenti berehat di pertengahan jalan.

12.30noon
Tiba di Kampung Mat Daling dan dijemput untuk menyertai Karnival Hulu Tembeling (Anjuran DUN Kuala Tahan, YB Dato' Sri Hj. Wan Amizan Wan Abdul Razak.)
Kami telah dijemput untuk turut sertai dalam jamuan makan tengah hari.

Sesi penyerahan baju program sebagai tanda kenangan

2.30pm
Menuju ke jeti untuk menyeberang sungai bagi menuju ke Kampung Bantal.

(Program petang ditangguhkan berikutan hujan lebat).

7.30pm
Solat berjemaah dan ceramah agama bersama penduduk kampung.
9.30pm
Team bermotorsikal telah dijemput oleh YB DUN Kuala Tahan bagi menyertai majlis kenduri bersama penduduk Kampung Mat Daling dan telah disediakan 2 x Hilux bagi membawa kami ke majlis kenduri tersebut.

12.00am
Berehat chalet di Kampung Bantal.
15 Mei 2016
Keterangan.

Bil.
Masa

3.
8.30am
Sarapan pagi

9.00am
Berkumpul dan menuju ke tapak perkuburan Kampung Bantal bagi program permbersihan kawasan tapak perkuburan serta majlis Tahlil.


11.00am
Minum pagi dan beramah mesra bersama anggota dan pegawai PDRM.


11.30am
Bergerak keluar dari Kampung Bantal.


1.30pm
Tiba di Kuala Tahan
Makan tengah hari dan berehat
Solat.


5.00pm
Tayar golek dan bergerak keluar dari Kuala Tahan menuju ke Kuala Lumpur.


9.30pm
Tiba di Kuala Lumpur
Berehat
Makan Malam.


10.30pm
Bersurai
Menuju Destinasi masing-masing.









Ulasan & Penghargaan

Perjalanan darat mengambil masa hampir dua jam dimana laluan balak yang berliku dan lembap menyukarkan perjalanan. Namun begitu, ia bukan penghalang kepada kami dalam meneruskan perjalanan. Bagi kami yang bermotosikal dan berpeliciran berjenama JTX 1000 Premium, tunggangan sangat meyakinkan walupun permukaaan laluan yang amat berliku. Skil dan keyakinan tinggi serta tumpuan semasa tunggangan amat penting bagi memastikan setiap daripada kami selamat sepanjang perjalanan.

Pelinciran JTX 1000 yang mempunyai elemen menyawal suhu enjin daya geseran yang rendah, extreme pressure dan anti wear & tear membantu dan melancarkan gaya tunggangan motosikal yang rata-rata mempunyai berat 200kg. Dengan keadaan permukaan laluan yang tidak rata dan berlopak serta lembap, prestasi JTX 1000 sungguh tidak menghampakan. Ini jelas terbukti JTX 1000 Performance Like No Others!

Semasa sesi perbualan dan penyerahan baju program, pegawai PDRM dan DUN Kuala Tahan telah diberi penerangan secara ringkas tentang jenama pelinciran JTX 1000 keluaran SHOM. Maklum balas yang diberi sangat positif kerana mereka pernah mendengar dan membaca artikel di media elektronik tentang kelebihan dan kualiti minyak JTX 1000 ini. Namun belum berkesempatan lagi untuk menggunakannya. Ini jelas menunjukkan banyak lagi kerja yang perlu dilakukan oleh setiap pengedar produk SHOM bagi mengembangkan lagi pasaran.

Sebagai penghargaan, ucapan jutaan terima kasih kepada pihak SHOM yang sudi menaja baju bagi program kali ini. Diharap di masa akan datang pihak SHOM juga dapat merancang program CSR di kawasan ini  kerana selain penduduknya yang ramah dan baik, pemandangan di kawasan Kampung Bantal juga menarik dan mendamaikan.

Perjalanan/Laluan

KL – Temerloh – Jerantut – Kampung Pagi, Kuala Tahan – Kampung Mat Daling, Ulu Tembeling – Kampung Bantal, Ulu Tembeling. = 450km





Laporan Bergambar
Figure 2: Lokasi Penginapan di hari pertama.


 

Figure 3: Berkumpul di Kampung Pagi sebelum bertolak melalui laluan tidak bertar.



















Figure 4: Bergambar seketika di Bukit Awan.





Figure 5: Berehat di pertengahan jalan.











Figure 6: Antara laluan jalan yang berbukit dan berliku yang perlu ditempuhi. JTX 1000 Performance Like No Others!



Figure 7: Singgah berehat di Kampung Kuala Sat.



 

 

Figure 8: Laluan berjaya ditempuhi dan selamat sampai ke destinasi.

Figure 9: Sesi simbolik penyerahan baju JTX Offroad kepada DUN Kuala Tahan, YB Dato' Sri Hj. Wan Amizan Wan Abdul Razak.





Figure 10: Menaiki bot menyeberang sungai Hulu Tembeling untuk ke Kampung Bantal.

Figure 11: En. Muzafar Idriseffa seorang penduduk tempatan yang membantu kami dalam konvoi dan penginapan kami sepanjang progam berlangsung.








Figure 12: Sesi penyerahan baju program kepada SAC Datuk Jamaluddin Kudin sebagai tanda penghargaan.




Figure 13: Berbincang bagi menyelaraskan tugasan bagi membantu penduduk membersihkan kawasan perkuburan.


Figure 14: Berbual dan beramah mesra SP Hamzah dan SAC Datuk Jamaluddin Kudin selepas selesai tugasan membersih kawasan kubur.





Figure 15: Bergambar kenangan bersama sebahagian pegawai kanan PDRM selepas selesai tugasan membersih kawasan perkuburan

.

Figure 16: Bersama ACP Khalid


  
  

 













  Figure 17: Program pembersihan kawasan perkuburan dan tahlil.

























 
Figure 18: Perjalanan keluar dari Kampung Mat Daling menuju ke Kuala Tahan sebelum meneruskan perjalanan Ke Kuala Lumpur.








Pais patin...cupp..chuupp..sedapnyer!!










     
Figure 19: Sebelum pulang ke KL..kita merasa dahulu specialty masakan tempatan di Kuala Tahan..Di sini terdapat sebuah gerai makanan yang terbaik! Milik sebuah keluarga iaitu Pak Der dan Mak Der. Hidangan pais patin dan patin masak tempoyak mmg world!!!!di sini...jangn lupa singgah..walau pun agak terpencil dari jalan utama..tetapi telah menjadi lokasi peminat patin tempoyak seantero...


 Alhamdulillah...semua selamat sampai di Kuala Lumpur..kami mengeteh dahulu..sembang-sambang dan mengimbau kembali sepanjang program berlangsung...dah selesai mengeteh..kami bersalaman dan bersurai ke destinasi masing-masing...yang paling jauh sekali adalah abang Ranor menuju ke JB.












Mungkin anda berminat:

JTX 1000